ALAMAT

TEL : 0197055366
ALAMAT KAMI : NO. 45, TINGKAT ATAS, PEKAN JITRA 3, 06000 JITRA, KEDAH DARUL AMAN.

MENU

SELAMAT DATANG KE LYNN BEAUTY HOUSE , JITRA



Samada ingin tenangkan fikiran, rehatkan badan, mencantikkan kulit atau sekadar untuk memanjakan diri anda maka Lynn Beauty House adalah tempatnya. Terletak di tengah bandar Jitra, pintu kami sentiasa terbuka untuk anda. Beroperasi sejak tahun 2010, Lynn Beauty House menawarkan pelbagai perkhidmatan khususnya berkaitan dengan kecantikan. Variasi rawatan muka dan badan seperti facial, rawatan resdung, urutan badan, lulur, sauna, refleksologi, mandi susu, mandi garam, mandi bunga, sauna, solekan, spa tangan dan kaki serta banyak lagi rawatan disediakan untuk dipilih pada harga yang amat berpatutan. Di sini, kami akan membantu anda memilih rawatan dan juga produk yang sesuai dengan diri anda. Paling terbaru, kini kami turut menawarkan perkhidmatan rawatan rambut menjadikan Lynn Beauty House sebagai sebuah pusat spa dan salon yang lengkap. 

Lynn Beauty House dilengkapi dengan bilik-bilik rawatan dan peralatan yang mampu memberi keselesaan kepada anda. Yang paling penting spa ini hanya khusus untuk kaum wanita sahaja. Ini bagi mewujudkan keselesaan dan ketenangan kepada semua pelanggan kami terutamanya muslimah. Kami menggabungkan elemen-elemen tradisional dan moden dari segi rawatan dan perkhidmatan. Unsur-unsur rawatan tradisional diterapkan selain digabungkan dengan penggunaan mesin dan peralatan bagi menambah keberkesanan ke atas rawatan yang dilakukan. Dari segi produk pula, kami menggunakan pelbagai produk tempatan dan antarabangsa seperti Mary Kay, Sri Mawar, de Wajah, SriSari Herbs, Natasya, Shakila Beauty, herba & minyak tradisional dan lain-lain. Pemilihan produk yang sesuai perlu diberi penekanan kerana ia bergantung kepada kesesuaian kulit dan tiada kesan sampingan. Bagi rawatan rambut, kami turut menggunakan jenama seperti Loreal, Shiseido dan lain-lain yang disesuaikan dengan jenis rambut dan mengikut bajet para pelanggan kami.

Silalah berkunjung dan nikmati pengalaman istimewa anda di Lynn Beauty House. Kami sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda. Hubungi kami di 019-7055366 untuk maklumat lanjut.



WELCOME TO LYNN BEAUTY HOUSE , JITRA



Whether you just want to relax your mind, freshen up your body, rejuvenate your skin or just simply want to pamper yourself, look no further as Lynn Beauty House is the place. Located at the centre of Jitra town, our door is always open for you. Established in 2010, we offer a variety of beauty services such as facial treatment, body treatment, massage, reflexology, makeup, manicure, pedicure and sauna. Traditional Malay beauty treatment such as milk bath, floral bath (mandi bunga) & salt bath (mandi garam) and traditional body scrub (lulur) also available with very affordable price. Here, we will assist you finding the perfect treatment and product that suits you best. In March 2015, we make a step forward by introducing hair services/treatment at Lynn Beauty House. This move is actually in line with our goal to provide complete head to toe treatment and to become a well known one-stop beauty centre here in Jitra.

Lynn Beauty House is equipped with treatment rooms that brings you sense of comfort and tranquility. The most important part, our spa is exclusive for ladies only in order to ensure that our customers especially muslimah to feel comfortable regarding their aurat. In terms of our services, we combine both traditional and modern way of beauty treatment. Traditional methods are mixed with the use of modern machines to bring the best effect and result. In terms of products, we use quality local and international brands such as Mary Kay, Sri Mawar, de Wajah, SriSari Herbs, Natasya, Shakila Beauty and not forgetting traditional herbs and ingredients. For hair treatment, we use the likes of Loreal, Shiseido as well other brands based on our customer's needs and budget.

It is our promise to deliver the best service we could. All comments and feedbacks are welcomed as we always try to improve our service. Come and visit Lynn Beauty House or please call 019-7055366 for further information.



PAKEJ SLIMMING (Anti-Cellulite)

Pakej terbaru di Lynn Beauty House. Sila hubungi  019-7055366 (Whatsapp, call atau sms) untuk maklumat lanjut.


Perlu maklum bahawa pakej slimming ini bukan bermakna dari berat berlebihan boleh menjadi kurus dalam sekelip mata. Harus diingat  setiap individu mempunyai sistem tubuh berbeza. Lemak dalam tubuh juga mempunyai pelbagai jenis yang berlainan. Pakej slimming yang kami tawarkan ini adalah sebagai satu kaedah untuk menghilangkan lemak di dalam tubuh anda khususnya menghilangkan kesan selulit di bahagian-bahagian tertentu tubuh. Untuk kesan yang berpanjangan, ia perlu disertakan dengan kaedah-kaedah lain seperti aktiviti fizikal dan mengamalkan pemakanan sihat.

# pakej slimming # slimming package # selulit # cellulite # buang lemak # kurus # bakar lemak # lebih berat badan # bentuk badan

Urutan Terapi "Hot Stone"

Urutan terapi “hot stone" atau juga dikenali sebagai "lava stone massage” adalah sejenis urutan istimewa di mana juruterapi menggunakan batu licin yang dipanaskan (sebagai tambahan kepada urutan menggunakan tangan) dengan meletakkan batu-batu tersebut di atas permukaan belakang badan, kaki, tangan mahupun muka. Kehangatan haba dapat menenangkan dan merehatkan otot-otot supaya juruterapi dapat mengurut dengan lebih berkesan. Kaedah menggunakan “hot stone” atau batu panas ini sebenarnya kaedah tradisional yang digunakan sejak dahulu kala di seluruh dunia bagi merawat otot dan urat yang bermasalah atau sakit. Kaedah bertungku yang diamalkan ke atas wanita baru bersalin juga merupakan salah satu contoh menggunakan konsep yang hampir sama dalam masyarakat Melayu. Malah kaedah ini turut dipraktikkan oleh kaum asli Indian di Amerika sejak zaman berzaman bagi melegakan sakit otot.


Antara kebaikan kaedah urutan “hot stone” selain merawat otot dan urat ialah meningkatkan peredaran darah, menyingkirkan toksin serta memberi ketenangan kepada tubuh dan juga minda. Kesan detoks juga menyebabkan urutan ini menyingkirkan lemak dan selulit. Selain itu, bahagian tubuh yang terdedah kepada haba akan menyerap khasiat daripada minyak urutan meninggalkan kesan kulit semakin lembut, anjal dan lembap. Terapi ini amat sesuai bagi wanita yang ingin merehatkan badan dari kesibukan seharian selain menghilangkan stres kerana hasilnya amat berbeza daripada urutan biasa. Ia boleh diaplikasikan ke bahagian-bahagian tertentu tubuh seperti belakang badan, leher, bahu, muka, kaki atau pun tangan mengikut keperluan. Batu-batu yang digunakan bukanlah batu yang biasa kerana ia menggunakan batu jenis basalt yang biasanya diperolehi dari kawasan gunung terbentuk daripada lava cecair. Batu jenis basalt mampu menyimpan haba dengan lebih lama dan efektif berbanding batu-batu lain. 


Bagi yang ingin merehatkan tubuh sambil menghilangkan stres bolehlah cuba terapi "hot stone" ini. Sila hubungi Lynn melalui 019-7055366 (WhatsApp,call,sms) untuk sebarang pertanyaan.



# hot stone # hot stones # therapy # terapi # urut # urutan # batu panas # haba # batu lava gunung berapi # tradisional # massage

RAWATAN RAMBUT

Berikut adalah senarai rawatan rambut yang terdapat di Lynn Beauty House Jitra.


Bagi yang nak booking atau sekadar bertanya tentang rawatan rambut boleh terus hubungi di 019-7055366 (call, sms atau WhatsApp).






 # salon rambut jitra # salun muslimah # hair salon # saloon # salon harga murah # best # rebonding # hair relaxing # inai henna rambut # perm # pusat kerinting rambut # gunting cuci # blow wash cut steam # temporary iron curl # hair treatment # scalp treatment # rawatan rambut kulit kepala # rambut gugur gatal luruh rosak minyak # hair loss itchy scalp treatment # kedai gunting rambut wanita # gunting rambut kanak-kanak

Rawatan Rambut Di Lynn Beauty House


Attention my dear customers!!!!
Lynn Beauty House akan memperkenalkan servis rawatan rambut bermula pada 1 Mac 2015 nanti, insya-Allah. Buat masa ni, rawatan spa muka dan badan berjalan macam biasa. So pakat-pakat serbu spa Lynn ye sebab Lynn akan bagi harga promosi untuk semua rawatan rambut. Untuk wanita sahaja tauu....
Buat permulaan ni Lynn akan sediakan hanya dua station untuk rambut. Cuba tengok gambar kat atas. Banyak lagi kerja perlu setel sebenarnya. Barang-barang rambut banyak lagi yang tak beli. Harap-harap 1 haribulan Mac ni dah dapat beroperasi. Impian Lynn ialah nak jadikan Lynn Beauty House sebuah pusat sehenti kecantikan dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki khusus untuk Muslimah. So, doakan semuanya berjalan lancar ye. Amiinnn..


 # salon rambut jitra # salun muslimah # hair salon # saloon # salon harga murah # best # rebonding # hair relaxing # inai rambut # perm # pusat kerinting rambut # gunting cuci # blow wash cut # temporary iron curl